WeLcOMe To My BloG

WeLcOMe To My BloG

28 August 2009

Kisah Miss Pink....



Assalammualaikum....



salam kepada semua...salam kepada pembaca yang sudi nak baca..
kalo yang x sudi baca pun wat2 la sudi..ehee..
k..petama sekali miss pink nak melepaskan rasa lega dihati oleh kerana berjaya mengharungi praktikal sampai minggu yg ke-7 dengan berjayanya..ewahh...
hai..pejam celik(ulang 2X)dah miggu ke-7..cepat bebenor masa berjalan..eh..berlalu..
so..mcm2 dugaan,pengalaman,manisan..eh..apada manis..
yg miss pink hadapi...
tp..yang paling phit skali minggu ni la..nak tau naper?
sebab..i x sihat..uhuk...
disebabkan cuaca yg sering bertukar ganti..siang n mlm..pagi n ptg..
hujan n panas,jerebu n berdebu...
so terkena la demam kat miss pink nie...


http://emo.huhiho.com


haha...camni la keadaan i skarang...
tp apa bleh buat..sabo je le ye..
tambah plk sok dh cuti kan..3 ari plak tu..hah..nape 3 ari..
sebab...sok kan sabtu,ahad,n isnin kan cuti merdeka..
hah!!...sebut pasal merdeka...
cube teka anak murid sekalian..kita menyambut merdeka yg ke brapa??
hai..jd cikgu la plak..ups..terlebih sudah..
k..mestila yg ke-52..tul x..
haaaaa..pandaikan...ehehe...


http://emo.huhiho.com

k..sakit pun sudah..merdeka pun sudah..
aper lagi ek nak tulis...urmmm(tgh pkir)...
eh..lamenye miss pink ni pkir ek..smpai masa pun dah nak mencecah ke pukul 4.30ptg..
ups..masa utk balik sebenarnyer...ni kan bulan puasa..so dapat balik awl..
maklumla...mane tau, nak singah ke pasar ramadan ke kan...
hmm...ok la..see u for next time k..
caw cin caw...bubye...daaaa....


http://emo.huhiho.com

17 August 2009

Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek



Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon)....


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?.
Jawapan: maap.sini bukan balai polis...

2. Soalan: haloo, siapa disana?.
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane....

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?.
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya...

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?.
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur...

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?.
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli...

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?.
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih...

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye..
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap..

9. Soalan: halloo... ....
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?..

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya....
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan...

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?.
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu...

12. Soalan: assalammualaikum....
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib. jawab)

....HEHEHEE.....

12 August 2009

KENANGAN SEWAKTU BERZAPIN...

**...ZAPIN ZONE...**

kenangan manis yang x dapat di lupakan...before and after zapin...




posing dulu sebelum practice..ehehe

wah2...muncungnyer..ahakz..

eh..eh..main tunjuk2 plak diorg ni yer...ish2..

pose yang pertama..hahahah

pose yang kedua...tengok la muka masing-masing..hehe

pose yang ketiga..haaa...ni baru teratur skit..skit je la..uhu


time to pose is over..perform time....

..peace..

last pose sebelum balik...

alamak..nak balik sudah..caw cin caw....


10 August 2009

...KAHKAHKAH...






CERITA-CERITA YANG AGAK MELAWAKKAN


PAK PANDIR PIJAK TAIK


Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.


Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,"Bentuk macam taik.


"Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,"Lembik...macam taik."]


Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,"Bau macam taik."Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut.


Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit..."MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"


JELINGAN AYAH

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.


Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.


KISAH ANAK DAN IBUNYA..


Ibu: Siti, kamu nak jadi apa bila dah besar Nanti?

Siti: Siti nak keja goyang kaki dapat duitt..

Ibu: Panggg!!! Berani kamu loyar buruk dengan ibu ye! Kamu ingat kaki kamu mesin keluar DUIT!!!'

Siti: UuWaaa!!! Ape ibu nie? Saya nak menjahit aje bila dah besar nanti.. kan guna mesin jahit pakai kaki??

Ibu: Haaa.. ye tak iyer jugakk..


NAMA JEPUN YANG LUCU

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?


Pakcik : Boleh aje...


Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?


Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"


Pemuda : Yang putih.


Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.


Pemuda : Yang hitam?


Pakcik : Yang hitam pun sama...


Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?


Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?


Pemuda : Yang putih?


Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.


Pemuda : Dan yang hitam?


Pakcik : Yang hitam pun sama...


Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?


Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?


Pemuda : Yang putih?


Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.


Pemuda : Dan yang hitam?


Pakcik : Yang hitam pun sama...


Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?


Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.


Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?


Pakcik : Yang hitam pun sama.....


...WELCOME TO Ainie BLOG...

JOM MASAK..

AYAM GORENG BEREMPAH




Bahan-bahannya :


1 ekor ayam – dipotong
1 biji telur
3sm tepung jagung
Bahan hiris
1 biji bwg besar
Halia
3 biji bwg putih
1½ sm gula
2st rempah garam masala
2st serbuk cili kering
1st serbuk kunyit
Daun kari
Garam


Cara-caranya:

Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
Perap ayam selama 4 jam.
Kemudian goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.

09 August 2009

TRY LA...


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI





Bahan-bahannya:


1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato, dibelah dua
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar :


10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya:

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit.
Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi.
Gaul kesemuanya sehingga sebati.
Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata.
Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih.
Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya.
Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap,
masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk.
Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.



Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.



CUBA JANGAN TAK CUBA......

CUBA LA...

RINNCHAN'S STYLE WOK NOODLES

Bahan-bahan:

200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga),

direndam dgn air panas 12pcs cendawan kering,

dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air 300gm ayam,

dipotong kecil 4 ulas bawang putih, diketuk

5 sudu besar kicap

2 sudu besar sos tiram

1/2 camca teh lada putih

1/2 camca teh lada hitam

2 camca teh garam

1 sudu besar gula 3

sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn 1 mangkuk air Air secukupnya

2 biji telur



Cara-cara:

Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
Masukkan lada putih dan lada hitam.
Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
Masukkan kicap dan sos tiram.
Masukkan cendawan bersama-sama airrendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak.
Tambahkan airdan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat.
Masukkangaram dan gula.
Masukkan mee teow dan kacau rata.
Boleh tambah air jika perlu.
Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau.
Hidangan siap bila telur sudah mula mengeras sedikit.
Hidangkan.

MAKANAN YANG SIHAT

Nyum-nyum..wah..sedapnyer...


Amalkan pemakanan yang sihat dengan melebihkan sayur-sayuran..

Buah-buahan juga perlu dalam menbentuk pemakanan yang seimbang..







GAYA hidup dan cara makanan harian mempunyai kaitan rapat dengan pelbagai penyakit yang dihidapi seseorang apabila usia semakin meningkat.

Tanpa disedari makanan yang dimakan dari zaman kanak-kanak hingga usia seseorang itu meningkat 30-an atau 60-an tahun menyumbang kepada kesihatannya sekarang ini.

Justeru, tidaklah terlambat untuk mendidik anak-anak agar mengamalkan pemakanan yang sihat kerana kebiasaan memakan makanan yang tidak berkhasiat akan memudaratkan kesihatan.





piramid makanan





TIPS AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT..

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  • Amalkan mulakan makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.

07 August 2009

Praktikal Mggu yang ke-4




Huh...

hari ni dah masuk minggu yang keempat ain praktikal di sebuah company...
memang macam2 pengalaman yang ain dapat dan bleh blajaq..ups..tersasul plak..blaja..kan dah kuar loghat perak..ehehe...

Urmmm..nak kata ramai kawan tu x der la coz ni company kecik jer...so terpaksa la kawan dengan orang-orang lama jer..

tp nasib ain baik sebab semua staff kat sini baik-baik belaka...i like it..ehehe..

hai....syok sendiri la plak..
jam pun dah nak dekat pukul 5 ptg..so ain dah nak dekat balik...x sabarnyer nak balik...
ni jela coretan tuk harinie..sok cuti..yahuu..so isnin la ain sambung lagi...caw cin caw...




05 August 2009

Taiping Bandar Bersejarah

welcome to taiping....



Salam..
pernah melawat taiping x..
kalau blum pernah, ni la antara gamba tempat yang menarik kat taiping..
antaranya Taman Tasik Taiping..











Salam kepada semua..

Salam perkenalan...
saya org baru dekat blog nie..
harap sesiapa boleh la memberi tunjuk ajar..
 

...n-o-r-a-i-n-i-e s-t-o-r-y.... Design By: SkinCorner