WeLcOMe To My BloG

WeLcOMe To My BloG

09 August 2009

MAKANAN YANG SIHAT

Nyum-nyum..wah..sedapnyer...


Amalkan pemakanan yang sihat dengan melebihkan sayur-sayuran..

Buah-buahan juga perlu dalam menbentuk pemakanan yang seimbang..







GAYA hidup dan cara makanan harian mempunyai kaitan rapat dengan pelbagai penyakit yang dihidapi seseorang apabila usia semakin meningkat.

Tanpa disedari makanan yang dimakan dari zaman kanak-kanak hingga usia seseorang itu meningkat 30-an atau 60-an tahun menyumbang kepada kesihatannya sekarang ini.

Justeru, tidaklah terlambat untuk mendidik anak-anak agar mengamalkan pemakanan yang sihat kerana kebiasaan memakan makanan yang tidak berkhasiat akan memudaratkan kesihatan.





piramid makanan





TIPS AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT..

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  • Amalkan mulakan makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.

0 comments:

 

...n-o-r-a-i-n-i-e s-t-o-r-y.... Design By: SkinCorner