Assalammualaikum....
...**FAMILIES ARE FOREVER**...
posing dulu sebelum practice..ehehe
wah2...muncungnyer..ahakz..
eh..eh..main tunjuk2 plak diorg ni yer...ish2..
pose yang ketiga..haaa...ni baru teratur skit..skit je la..uhu
time to pose is over..perform time....
last pose sebelum balik...
CERITA-CERITA YANG AGAK MELAWAKKAN
PAK PANDIR PIJAK TAIK
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,"Bentuk macam taik.
"Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,"Lembik...macam taik."]
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,"Bau macam taik."Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit..."MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"
JELINGAN AYAH
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
KISAH ANAK DAN IBUNYA..
Ibu: Siti, kamu nak jadi apa bila dah besar Nanti?
Siti: Siti nak keja goyang kaki dapat duitt..
Ibu: Panggg!!! Berani kamu loyar buruk dengan ibu ye! Kamu ingat kaki kamu mesin keluar DUIT!!!'
Siti: UuWaaa!!! Ape ibu nie? Saya nak menjahit aje bila dah besar nanti.. kan guna mesin jahit pakai kaki??
Ibu: Haaa.. ye tak iyer jugakk..
NAMA JEPUN YANG LUCU
1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI
2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA
3. Yang bisu - KITA TADASUARA
4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE
5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO
6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI
7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA
8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI
9. Yang masih gatal - ICHI BAWA
10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA
11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....
AYAM GORENG BEREMPAH
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato, dibelah dua
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya
Bahan untuk dikisar :
10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Cara-caranya:
Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit.
Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi.
Gaul kesemuanya sehingga sebati.
Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata.
Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih.
Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya.
Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap,
masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk.
Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.
CUBA JANGAN TAK CUBA......
RINNCHAN'S STYLE WOK NOODLES
Bahan-bahan:
200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga),
direndam dgn air panas 12pcs cendawan kering,
dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air 300gm ayam,
dipotong kecil 4 ulas bawang putih, diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh lada hitam
2 camca teh garam
1 sudu besar gula 3
sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn 1 mangkuk air Air secukupnya
2 biji telur
Nyum-nyum..wah..sedapnyer...
Amalkan pemakanan yang sihat dengan melebihkan sayur-sayuran..
Buah-buahan juga perlu dalam menbentuk pemakanan yang seimbang..